Gaya Pembelajaran Visual
- Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.
- Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
- Murid “Visual “ tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
- Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu
Gaya Pembelajaran Auditor
- Murid “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.
- Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
- Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik
- Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
- Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.
Matriks Gaya
Pembelajaran VAK
Apabila
anda
|
Visual
|
Audiotori
|
Kinestetik/Tactile
|
Mengeja
|
Adakah
anda cuba
melihat perkataan?
|
Membunyikan
perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik?
|
Tulis
perkataan untuk memastikannya betul.
|
Bercakap
|
Anda bercakap
secara berpasangan tetapi tidak suka mendengar terlalu lama? Lebih suka
mendengar perkataan lihat, gambarkan dan bayangkan?
|
Anda
suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap? Guna perkataan seperti
dengar dan fikirkan?
|
Menggunakan
pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.
|
Membayangkan
|
Adakah
anda dapat melihat gambar dengan jelas dan terperinci?
|
Berfikir
secara bunyi?
|
Melihat
beberapa gambar, semuanya bergerak?
|
Memberi tumpuan
|
Adakah
anda terganggu oleh pergerakan atau
keadaan tidak teratur?
|
Terganggu
oleh bunyi atau bising?
|
Terganggu
oleh aktiviti di sekeliling?
|
Bertemu semula
seseorang
|
Terlupa
nama tetapi ingat mukanya? Ingat di mana bertemu?
|
Terlupa
muka tetapi ingat nama? Ingat apa yang telah bicarakan?
|
Ingat
dengan baik apa yang telah dilakukan bersama?
|
Menghubungi
sesorang atas sesuatu urusan
|
Adakah
anda suka secara terus, berhadapan atau pertemuan peribadi?
|
Lebih
suka telefon?
|
Bercakap
sambil atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti?
|
Releks (relax)
|
Adalah anda lebih
suka menonton TV, pertunjukan atau wayang?
|
Lebih
suka mendengar radio, musik atau membaca?
|
Suka
bermain sesuatu permainan atau membuat sesuatu menggunakan tangan?
|
Cuba
menginter-pretasikan mood seseorang
|
Adakah
anda memerhatikan air mukanya?
|
Mendengar
ton suara?
|
Melihat
pergerakan badan?
|
Membaca
|
Adakah
anda suka situasi deskriptif? Berhenti untuk membayangkan sesuatu tindakan?
|
Gemarkan
dialog dan perbualan atau mendengar watak yang bercakap?
|
Lebih
suka cerita berbentuk aksi atau tidak betul-betul berminat membaca?
|
Membuat sesuatu
yang baru
|
Adakah
anda suka melihat demonstrasi, rajah, slaid atau poster?
|
Lebih
suka arahan verbal atau berbincang dengan seseorang?
|
Lebih
suka terus mencuba?
|
Meletakkan sesuatu
bersama-sama
|
Adakah
melihat arah dan gambar?
|
Suka
bercakap dengan seseorang atau bercakap kuat semasa bekerja?
|
Mengabaikan
arahan dan memikirkan semasa melaksanakannya?
|
Memerlukan bantuan
daripada aplikasi komputer
|
Adakah
anda memerlukan gambar atau rajah?
|
Panggil
meja-bantuan, tanya jiran?
|
Terus
mencuba atau mencuba di komputer lain.
|
Mengajar seseorang
|
Adakah
anda suka menunjukkan sesuatu?
|
Lebih
suka memberitahu?
|
Lakukan
untuk mereka dan berikan mereka melihat bagaimana dibuat atau minta mereka
melakukan?
|
Trims...artikel yg sangat bermanfaat buat PTK saya...
ReplyDelete