Rekabentuk pengajaran tu sebenarnya apa?

Posted by

Kepada pelajar PISMP, IPGM tak lama lagi exam dan pastikan telah memahami rekabentuk pengajaran dan dapat membincangkannya dalam bentuk holistik semasa menjawab nanti. Soalan bidang ini memang popular dan ingat, jawapan mesti KBAT!!

Saya telah lama memberi kefahaman kepada bakal guru tentang rekabentuk pengajaran (atau RB) tetapi kekadang masih ada yang keliru. Apabila disuruh merancang pengajaran menggunakan model tertentu, kebanyakannya menerangkan tentang rekabentuk pengajaran sahaja.  Ada juga yang membuat lesson plan dan saya kata bukan begitu..

Jadi, sebenarnya rekabentuk tu sebenarnya apa?

Saya mulakan pemahaman korang dengan tafsiran dari Dick & Riser (1989) tentang RB ni iaitu RB merupakan satu proses sistematik untuk membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

dan satu lagi dari Richey (1986) - RB satu bidang sains yang mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yg membolehkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku dengan mudah.

Ok, dari kedua-dua tafsiran ini, RB ini menekankan aspek proses yang bersistematik dan terperinci iaitu berdasarkan aturan langkah-langkah yang telah ditentukan supaya pembelajarankan mudah berlaku. Proses di sini bermaksud perancangan dibuat dengan membuat analisis > membangun > melaksana dan menilai semula sesuatu tajuk pelajaran, kursus atau modul. Jadi, RB ini digunakan untuk merancang sesuatu pengajaran dalam apa bidang pun, di mana sahaja berdasarkan analisis awal.

Jika masih kabur, analoginya begini:
Kita lihat sebuah firma /syarikat dan sebuah sekolah rendah. Kedua-duanya akan berlaku proses belajar dalam kalangan ahlinya. Jadi :

Firma/syarikat - fasilitator/trainer akan merancang sesuatu latihan sesuai dengan tahap umur, keadaan, cara belajar ahli-ahli syarikat yg berpelajaran tinggi, pelbagi karenah, sibuk memanjang, perlukan komitmen utk majukan syarikat.

Berbeza di sekolah rendah - guru akan merancang pdp sesuai dengan umur dan tahap pencapaian, sosio ekonomi dsbnya supaya pdp yng bakal diberi akan mudah berlaku.

Maknanya, RB ni boleh digunakan di mana sahaja tidak semestinya di sekolah. Ianya mengajak trainer/ guru memahami dulu muridnya agar dapat menentukan cara yang betul dalam penyampaian.

Sampai di sini dulu, akan datang bagaimana model-model RB ini diaplikasikan dalam dunia sebenar.


Blog, Updated at: 9:36 PM

0 comments:

Post a Comment