HIPOTESIS KAJIAN
Setelah
masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk
hipotesis. Apakah hipotesis itu? Hipotesis adalah jawapan sementara
terhadap masalah yang sedang dikaji. Berdasarkan definisi tersebut,
hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji
atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis
membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis
memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis kajian akan
menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau
diketepikan.
Tujuan Pembentukan Hipotesis
1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji.
Penjelasan
sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan
badan pengetahuan berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati.
2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.
Kewujudan
hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh
dinyatakan dengan jelas dan dibuktikan dengan fakta-fakta.
3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana
Ini
kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis
menentukan apa yang harus dilakukan, jenis data yang perlu diperolehi,
kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas pemilihan sampel.
Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus
digunakan, mencadangkan analisis berstatistik yang diperlukan serta
kaitan pembolehubah-pembolehubah yang harus diuji. Hipotesis juga dapat
menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang
penyelidikan dari menjadi kabur.
4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.
Hipotesis
yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan
masalah. Hipotesis juga boleh memberi panduan bagaimana laporan harus
dibuat dan disebarkan.
Ciri-ciri Hipotesis
Sesuatu
hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi membolehkannya
diterima sebagai hipotesis penyelidikan. Di antara ciri-ciri tersebut
ialah:
a.
Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas
dan tepat bukan sahaja membolehkan penyelidikan dilakukan dengan
sempurna malah memudahkan orang ramai memahami laporan sesuatu
penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada beberapa
hipotesis yang lebih khusus.
b.
Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak
bertentangan dengan teori dan hukum yang ada. Sebagai contoh, Misalnya,
peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan semakin peningkatan
jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang tidak tekal dan
tidak sesuai dengan pengetahuan yang ada.
c.
Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan hipotesis
menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas.
Misalnya, masalah pengenalan subjek komputer di sekolah-sekolah. Satu
hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan di
sekolah-sekolah kerana kekurangan guru yang terlatih dalam bidang
komputer adalah mempunyai kuasa penjelasan.
Hipotesis
yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan kerana
sekolah tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi merupakan hipotesis
yang tidak mempunyai kuasa penjelasan kerana gagal menjelaskan denagn
logik, jelas dan tepat kaitannya antara kesukaran memperkenalkan
komputer dengan ketiadaan bekalan air di sekolah-sekolah.
d.
Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Misalnya
hipotesis ‘penambahan masa belajar dan markat ujian1 Prinsip Pemasaran ‘
tidak mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah
penambahan masa belajar dengan pembolehubah penambahan markat. Hipotesis
tersebut akan mempunyai jangkaan hubungan sekiranya dinyatakan sebagai ‘
penambahan masa belajar akan menambahkan markat ujian1 Prinsip
Pemasaran’.
e.
Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada
bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang
bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas populasi berdasarkan
maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.
JENIS HIPOTESIS
1. Hipotesis penyelidikan
2. Hipotesis operasional dan
3. Hipotesis statistik.
Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam bentuk ayat.
Contoh:
· Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja
· Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan
Hipotesis
operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional yang mana
pembolehubah-pembolehubah yang ada di dalamnya dapat dioperasikan.
Misalnya “gaya kepemimpinan” dioperasionalisasikan sebagai cara
memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi pekerja
dioperasionalisasikan sebagai tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke
dalam sesebuah syarikat. Hipotesis operasional dijadikan menjadi ada dua
jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang bersifat neutral dan hipotesa
alternatif (HA) yang bersifat tidak neutral (pincang).
Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:
H0 :
Tidak
terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan
bawahan dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah
syarikat
HA :
Terdapat
hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan
dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat
Hipotesis
statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam
bentuk angka-angka statistik sesuai dengan alat ukur yang dipilih oleh
penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan kenaikan kemasukan pekerja ke
dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah sebagai
berikut:
Hipotesis
yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini akan
membuktikan H0 atau HA yang akan diterima. Jika HA diterima maka H0
ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan antara cara memberikan arahan
terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja
ke dalam sesebuah syarikat.
Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala dibuat oleh penyelidik, iaitu:
a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut sebagai ralat alpha (a).
b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut sebagai ralat beta (b).
Pembentukan
hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai pelajar yang tidak
mempunyai masalah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis
alternatif. Begitu juga dengan hipotesis berarah dengan hipotesis tidak
berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang tidak membentuk hipotesis
berdasarkan kepada kerangka teori yang telah dibangunkan. Sebagai
contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan pengaruh perbezaan
jantina sama ada di dalam ulasan karya ataupun di dalam rangkakerja
teoritikal, tetapi mereka membentuk hipotesis berkenaan dengan perbezaan
jantina di dalam pembolehubah bersandar. Masalah lain yang mungkin
timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di mana dengan memasukkan
pembolehubah penyederhana (moderating variable). Terdapat pelajar yang
membentuk hipotesis dengan meletakkan pembolehubah penyederhana sebagai
pembolehubah bebas yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan
pembolehubah bersandar seperti yang digambarkan di dalam gambarajah di
bawah.
Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat pembolehubah penyederhana (moderating).
Maksud Keertian
• Keertian Statistikal
• Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun-naik rawak dalam pensampelan
Contoh:
Seorang
akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata masa kutipan
akaun belum bayar adalah 50 hari dengan sisihan piawai 10 hari. Akauntan
itu mengambil semua akaun pembeli dan mendapati bahawa purata kutipan
akaun belum bayar adalah 52 hari.
Keertian Praktikal
•
Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah mahal
kosnya dan memilih hanya 25 akaun dan di dapati bahawa purata masa
kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari. Adakah patut di simpulkan
bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?
Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan melibatkan pembolehubah penyederhana (moderating).
Bagi
model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang salah
di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif di mana
dengan memasukkan pembolehubah penyederhana seperti di bawah.
CARA YANG BETUL:
H0 :
Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas hubungan antara iklan dan jualan.
HA :
Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan meningkatkan jumlah jualan.
CARA YANG SALAH:
H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.
HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.
EXERCISES
1.
An applied researcher wants to increase the commitment of organisational
members in a particular bank. What would be the dependent variable in
this case?
2. A marketing manager wonders why the recent advertising strategy does not work. What would be the dependent variable here?
3.
List the variables in these exercises individually, and label them as
dependent or independent, explaining why they are so labelled.
Illustrate the relationships diagrammatically.
a. A manager believes that good supervision and training would increase the production level of the workers.
b. A
consultant is of the opinion that much benefit would accrue from buying
and selling at the appropriate times in a financial environment in
which the shares are volatile.
4.
List and label the variables in these exercises and explain and
illustrate in a diagram the relationships among the variables.
a. A
manager finds that off-the-job classroom training has a great impact on
the productivity of the employees in her department. However, she also
observes that employees over 50 years of age do not seem to derive much
benefit and do not improve with such training.
b. A
visitor to a factory observes that the workers in the packing
department have to interact with one another to get their jobs done. The
more they interact, the more they seem to tend to stay after hours and
go to the local pub together for a drink. However, the women packers,
even though they interact with the others as much as the men do, do not
stay late or visit the pub after work hours.
5
Make up three different situations in which motivation to work would be,
respectively, an independent variable, an intervening variable and a
moderating variable.
6
List and label the variables in the following situation. explain the
relationships among the variables and illustrate these in a diagram.
Failure to follow accounting principles causes immense confusion, which
in turn creates a number of problems for the organisation. Those with
vast experience in bookkeeping, however, are able to avert the problems
by taking timely corrective action.
7
List and label the variables in the following situation. Explain the
relationships among the variables and illustrate them in a diagram. What
might be the problem statement or problem definition for the situation?
a.
The manager of Haines Company observes that themorale of employees in
his company is low. He thinks that if the working conditions, the pay
scales and the holiday benefits of the employees are improved, morale
will improve. He doubts, though, that increasing the pay scales is going
to raise the morale of all employees. His guess is that those with good
side incomes will just not be `turned on' by higher pay. However, those
without side incomes will be happy with increased pay and their morale
will improve.
8
Develop a theoretical framework for the following situation after
stating what the problem definition of the researcher would be in this
case.
A
family counsellor, engaged in counselling married couples who are both
professionals, is caught in a dilemma. He realises that the focus of the
counselling sessions should be on both family satisfaction and job
satisfaction; however, he is not sure how job and family satisfactions
can be integrated in the dual-career family. Husbands, the traditional
breadwinners, seem to derive more job satisfaction as they get more
involved in their jobs and also spend more discretionary time on
jobrelated activities. This, however, does not seem to be true in the
case of their wives, who perform the dual role of career person and
homemaker. However, both husbands and wives seem to enjoy high levels of
family satisfaction when they spend more time together at home and help
each other in planning family-oriented activities.
9 Define the problem and develop the theoretical framework for the following situation.
The
probability of cancer victims successfully recovering under treatment
was studied by a medical researcher in a hospital. She found three
variables to be important for recovery. These were:
i. early and correct diagnosis by the doctor
ii. the nurse's careful follow-up of the doctor's
iii. instructions
iv. peace and quiet.
In a
quiet atmosphere, the patient rested well and recovered sooner.
Patients who were admitted in advanced stages of cancer did not respond
to treatment even though the doctor's diagnosis was performed
immediately on arrival, the nurses did their best, and there was plenty
of peace and quiet.
10
For the theoretical framework developed for the Haines Company in
exercise 7, develop five different null hypotheses and the alternate
hypothesis for each null.
11 A
production manager is concerned about the low output levels of his
employees. The articles he has read on job performance frequently
mention four variables as important to job performance: skill required
for the job, rewards, motivation and satisfaction. Several of the
articles also indicate that only if the rewards are valent (attractive)
to the recipients will motivation, satisfaction and job performance
increase.
Given this situation:
a. Define the problem.
b. Evolve a theoretical framework.
c. Develop at least six hypotheses.
12.
Retention of minority women in the workplace is becoming more and more
difficult. Not finding an influential mentor in the system who is
willing to help them, lacking the informal network with influential
colleagues, a lack of role models and a dearth of high visibility
projects result in dissatisfaction at work, and the minority women
ultimately decide to leave the organisation. Of course, not all minority
women quit. Only those who have the wherewithal (for example the
resources and the self-confidence) to start their own business leave the
organisation. For the preceding situation, define the problem, develop a
theoretical framework and fornullate six hypotheses.
Casinos Near Chicago (Illinois) - JT Hub
ReplyDeleteFind out the nearest casinos 동해 출장샵 and 구미 출장마사지 their location in 청주 출장안마 Illinois. 논산 출장안마 See 논산 출장마사지 map. Casinos Near Chicago (Illinois). Where: Uncasville, CT.