OBJEKTIF:
• Menerangkan maksud pembolehubah
• Mengenalpasti keperluan kerangka kerja teoritikal
• Membezakan empat jenis pembolehubah.
• Membangunkan hipotesis
• Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam projek penyelidikan.
A) PENGENALAN DAN KEPERLUAN
Kerangka
teori yang baik akan mengenalpasti dan membincangkan bagaimana hubungan
antara pembolehubah-pembolehubah di atas.
Rangkakerja dibangunkan secara logik, dijelaskan dan dihuraikan rangkaian di antara semua pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu masalah.
Rangkakerja dibangunkan secara logik, dijelaskan dan dihuraikan rangkaian di antara semua pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu masalah.
Teori
dan hipotesis yang dibentuk akan menyatakan masalah kajian dan kajian
itu akan memfokuskan kepada penyelesaian masalah. Oleh itu kita perlu
benar-benar memahami pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam
kajian supaya memudahkan kita menyelesaikan masalah kajian.
B) KEPERLUAN MEMBANGUNKAN RANGKA KERJA
Selepas
menjalankan pra-pengumpulan maklumat (pengamatan), melengkapkan ulasan
karya, mendefinisikan masalah kajian, maka kita perlu bersedia untuk
membangunkan rangka kerja. Rangka kerja adalah suatu model yang
menunjukkan hubungan logik beberapa faktor yang telah dikenal pasti
sebagai punca kepada masalah kajian. Perhubungan ini menunjukkan aliran
secara logik seperti apa yang telah dikaji melalui ulasan karya-karya
lepas. Semua aliran pembolehubah yang dikemukakan perlu dinyatakan
setelah kita membuat pembacaan yang mendalam tentang sesuatu topik yang
dikaji.
Ini
merupakan suatu perancangan, struktur dan strategi yang menjadi
landasan kepada penilaian hipotesis. Perancangan yang telah dibuat
melalui rangkakerja teoritikal, perlu menunjukkan satu skema yang
menyeluruh. Ia merupakan garis panduan tentang apa yang akan dilakukan
oleh penyelidik dari peringkat pengolahan hipotesis sehingga kepada
analisis data. Rajah yang dilukis itu dinamakan sebaga rajah skematik.
Melalui
rangkakerja, objektif penyelidikan dapat dibangunkan bagi menerangkan
sama ada perhubungan jangkaan yang telah kita bentuk itu sah atau tidak.
Cadangan perhubungan itu kemudian akan diuji dengan menggunakan
analisis data yang sesuai. Ini menunjukkan bahawa rangkakerja adalah
asas kepada langkah penyelidikan yang seterusnya. Walaupun hipotesis
yang boleh diuji itu tidak semestinya dibangunkan, namun pembentukan
rangkakerja teoritikal adalah sesuatu yang amat penting dalam
penyelidikan.
Ini
menunjukkan bahawa rangkakerja teoritikal atau konseptual yang
dibangunkan dengan logik perlu menerangkan dan menghuraikan rangkaian
perhubungan di antara konsep atau pembolehubah yang berkaitan dengan
situasi masalah.
C) KOMPONEN RANGKA KERJA TEORITIKAL
Apabila
disebut pembolehubah, maka ia adalah berkaitan dengan penyelidikan
kuantitatif. Sesuatu penyelidikan kuantitatif adalah berkaitan dengan
rangkakerja teoritikal. Terdapat lima asas yang perlu ada pada sesebuah
rangka kerja teoritikal.
(1) Mengenalpasti dan melabel pembolehubah dengan betul.
(2) Tunjukkan perhubungan yang berlaku di antara pembolehubah yang telah dikenalpasti.
(3) Tunjukkan secara teori arah anak panah bagi perhubungan-perhubungan yang ingin dijelaskan pada gambarajah.
(4) Terangkan secara logic bagaimana dan kenapa perhubungan itu berlaku seperti yang kita jangkakan.
(5) Lukiskan gambarajah skematik dengan lengkap bagi model yang ingin kita jelaskan.
0 comments:
Post a Comment