Mahu jalankan kajian kuasi-eksperimen. Semasa buat Master dulu, kaedah inilah yang digunakan. Menarik dan mantop. Apapun, korang kena dalami dan fahami dulu kaedah ini sebelum buat keputusan menggunakannya.
Kajian
ini biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila
responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Dua
kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak
mempunyai ciri-ciri yang sama. Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan
untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulin apabila dalam
proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat
dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini
dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat
dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman
lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya.
Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Dalam
perkataan lain, penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada
responden kumpulan rawatan pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh
rawatan
yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran yang lain.
Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi,
sosiologi dan pendidikan (Neuman, 2000). Contoh, seorang penyelidik
telah menjalankan kajian tentang keberkesanan program kaunseling ke
atas pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah. Kajian ini
menggunakan kaedah pemilihan responden untuk pensampelan bertujuan.
Pensampelan ini menggunakan ciri-ciri tingkah laku bermasalah disiplin.
Kumpulan rawatan merupakan pelajar yang bermasalah disiplin mana kala
kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar tidak bermasalah disiplin.
Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua kumpulan berkenaan
ialah jantina, bangsa, umur, tahap IQ, tahap pendidikan, pandangan dan
sikap mereka.
Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen tidak dapat
dilakukan tetapi penyelidik berkenaan boleh menjalankan kajian
kuasi-eksperimen. Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur
persampelan secara kebetulan/ pensampelan kesediaan (accidental atau
convenience sampling) dan persempelan bertujuan (purposive sampling).
Persampelan secara kebetulan, penyelidik memilih mana-mana responden
kajian yang ditemuinya atau yang paling dekat dengannya. Pemilihan
responden kajian ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka
kerana prosedur persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan
rawak (Chua, 2006). Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan
untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu
mengikut kehendak pe- nyelidik. Sebagai contoh, kajian pelajar
bermasalah disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah
disiplin. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak.
Terdapat
pelbagai reka bentuk kajian kuasi-eksperimen tetapi penjelasan hanya
diberikan kepada tiga reka bentuk yang biasa digunakan di kalangan
penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua (2006), terdapat tiga
reka bentuk kajian kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu Ujian
pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (nonequivalent groups
pre-post test design), Reka bentuk regrasi tidak bersambungan
(regression-discontinuity design) dan Reka bentuk siri masa (time
series design). Reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak
seimbang merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam
kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka bentuk ini mempunyai
dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam reka
bentuk kajian ini, analisis Ujian-t dan Ujian ANOVA digunakan untuk
menentukan perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. Reka bentuk
regresi tidak bersambung biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan
kumpulan khas misalnya menilai keberkesanan program pemulihan dan
menguji keberkesanan program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah
disiplin. Analisis menggunakan Ujian regrasi. Reka bentuk siri masa
merupakan kajian jangka masa panjang yang memerlukan masa dan tenaga
yang banyak. Reka bentuk ini tidak mempunyai kumpulan kawalan.
Penyelidik tidak dapat membuat perbandingan sama ada rawatan yang
diberikan akan menghasilkan perubahan yang diingini atau pun tidak
(Mohd. Majid, 2000). Pasca ujian akan dilakukan berulang-ulang sepanjang
rawatan. Misalnya kajian berkaitan perkembangan pencapaian akademik
pelajar yang didedahkan kepada KBSM. Analisis dilakukan melalui
pencapaian ujian yang lebih baik.
Macamana? Boleh tahankan. Yang penting minat dan kesungguhan perlu ada walau apapun kaedah yang digunakan.
Salam Sejahtera
ReplyDeleteBoleh senarai rujukan penuh Chua (2006)?
Terima kasih
Terima kasih di atas perkongsian ilmu...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Baru faham.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu ini.
TERIMA KASIH
ReplyDelete