Kepentingan Pendidikan Seni Visual
Mata pelajaran pendidikan seni visual merupakan salah satu mata
pelajaran yang di susun bersama-sama mata pelajaran lain di sekolah
rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 6 manakala sekolah menengah melibatkan
tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
di masukkan ke dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah bertujuan untuk menyerapkan aspek–aspek yang terdapat di dalam objektif Pendidikan Seni Visual di dalam
KBSM dan KBSR berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.
Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.
Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang.
Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.
Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan

Pancaindera yang ada pada
manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah
fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu
disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan
kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni,
sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan
pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan
secara teliti.
Pendidikan Seni Visual dapat memberikan dunia tersendiri kepada kanak-kanak di mana mereka dapat berkarya mengikut kemahuan, kemahiran dan keupayaan masing-masing tanpa perlu terikat dengan peraturan yang mengikat. Maksudnya, kanak-kanak bebas berkarya dalam bidang yang ditentukan.
Bagi menjalankan aktiviti seni di sekolah rendah guru perlu mengambil perhatian terhadap maklumat berikut :
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Organisasi Kurikulum PSV
- Bidang Kegiatan PSV
- Prinsip Seni
- Apresiasi dan kritikan
- Menggambar
- Membuat Corak Dan Rekaan
- Membentuk Dan Membuat Binaan
- Mengenal Kraf Tradisional
0 comments:
Post a Comment