Teknik Penghasilan Transparensi

Posted by


Tulis terus (write on)
Transparensi ditulis dan dilukis terus pada permukaan transparensi.  Ia dilukis mengunakan pena OHP, marker (larut atau kekal)  atau alat penulisan yang lain. Boleh ditayangkan secara terus kepada penonton.

Tetingkap
Bahagian-bahagian tertentu ditutup dengan “penutup tingkap”. Tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu persatu untuk memaparkan visual yang dikehendaki.

Berjalur
Jalur ini dibuat sama ada melintang atau menegak.  Bilangan jalur-jalur itu boleh dibuat dengan bilangan  tiga atau empat.  Ia dibuka satu hala sahaja.  Yang dibuka itu merupakan mesej yang difokus.

Tindan tindih
Ia seharusnya lebih daripada tiga kepingan filem.  Kepingan-kepingan ini dilekatkan pada tepi bingkai.  Kepingan-kepingan ini mengikut  urutan berdasarkan visual. Ia  berdasarkan konsep atau cerita yang  hendak disampaikan.

Pusingan
Visual yang hendak dipaparkan itu adalah pendedahan berperingkat atau bahagian-bahagian.  Penutup sisipan ini boleh secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat.  Penutup bulat boleh dipasang menggunaka pin di tengah atau butang.

Animasi
Kepingan-kepingan plastik dilekatkan  pada bahagian-bahagian tertentu visual yang hendak diketengahkan. Ketika menggunakannya ia akan kelihatan bergerak apabila visual itu ditarik atau digerakkan.

Tebukan
Tebukan-tebukan dibuat pada penutup transparensi. Tebukan-tebukan itu merupakan bentuk imej yang  dipaparkan pada layar..


Blog, Updated at: 8:25 AM

0 comments:

Post a Comment