Model Gaya Pembelajaran VAK

Posted by

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu  gaya pembelajaran Visual , Auditori  dan  Kinestetik.

  Gaya Pembelajaran  Visual
  1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat  dalam buku , papan hitam atau paparan komputer. 
  2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
  3. Murid “Visual “  tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”  tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
  4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu
 Gaya Pembelajaran Auditor
  1. Murid “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.
  2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
  3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik
  1. Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
  2. Mereka  biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.
Matriks Gaya Pembelajaran VAK
Apabila  anda
Visual
Audiotori
Kinestetik/Tactile
Mengeja
Adakah anda cuba melihat perkataan?
Membunyikan perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik?
Tulis perkataan untuk memastikannya betul.
Bercakap
Anda bercakap secara berpasangan tetapi tidak suka mendengar terlalu lama? Lebih suka mendengar perkataan lihat, gambarkan dan bayangkan?
Anda suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap? Guna perkataan seperti dengar dan fikirkan?
Menggunakan pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.
Membayangkan
Adakah anda dapat melihat gambar dengan jelas dan terperinci?
Berfikir secara bunyi?
Melihat beberapa gambar, semuanya bergerak?
Memberi tumpuan
Adakah anda  terganggu oleh pergerakan atau keadaan tidak teratur?
Terganggu oleh bunyi atau bising?
Terganggu oleh aktiviti di sekeliling?
Bertemu semula seseorang
Terlupa nama tetapi ingat mukanya? Ingat di mana bertemu?
Terlupa muka tetapi ingat nama? Ingat apa yang telah bicarakan?
Ingat dengan baik apa yang telah dilakukan bersama?
Menghubungi sesorang atas sesuatu urusan
Adakah anda suka secara terus, berhadapan atau pertemuan peribadi?
Lebih suka telefon?
Bercakap sambil atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti?
Releks (relax)
Adalah anda lebih suka menonton TV, pertunjukan atau wayang?
Lebih suka mendengar radio, musik atau membaca?
Suka bermain sesuatu permainan atau membuat sesuatu menggunakan tangan?
Cuba menginter-pretasikan mood seseorang
Adakah anda memerhatikan air mukanya?
Mendengar ton suara?
Melihat pergerakan badan?
Membaca
Adakah anda suka situasi deskriptif? Berhenti untuk membayangkan sesuatu tindakan?
Gemarkan dialog dan perbualan atau mendengar watak yang bercakap?
Lebih suka cerita berbentuk aksi atau tidak betul-betul berminat membaca?
Membuat sesuatu yang baru
Adakah anda suka melihat demonstrasi, rajah, slaid atau poster?
Lebih suka arahan verbal atau berbincang dengan seseorang?
Lebih suka terus mencuba?
Meletakkan sesuatu bersama-sama
Adakah melihat arah dan gambar?
Suka bercakap dengan seseorang atau bercakap kuat semasa bekerja?
Mengabaikan arahan dan memikirkan semasa melaksanakannya?
Memerlukan bantuan daripada aplikasi komputer
Adakah anda memerlukan gambar atau rajah?
Panggil meja-bantuan, tanya jiran?
Terus mencuba atau mencuba di komputer lain.
Mengajar seseorang
Adakah anda suka menunjukkan sesuatu?
Lebih suka memberitahu?
Lakukan untuk mereka dan berikan mereka melihat bagaimana dibuat atau minta mereka melakukan?


Blog, Updated at: 5:29 PM

1 comments: