Jenis-jenis DSLR


DSLR sejati.
DSLR yang mempunyai cermin dan prism. Mempunyai optical viewfinder yang memberikan imej serupa yang dilihat oleh sensor. Contoh: kebanyakan DSLR dari Nikon, Canon, Pentax, Sony dan Olympus.


EVIL 
Akronim: Electronic Viewfinder Interchangeable Lens. Tiada pentaprisma dan tiada cermin (maka tiada optical viewfinder sebaliknya hanya ada LCD di belakang dan sekali-sekala ada electronic viewfinder) tetapi lensa boleh diganti. Contoh: kamera Micro Four-Thirds seperti Olympus E-P1 dan Lumix G1, Sony siri NEX dan Samsung siri NX. Kelebihan: lebih kecil dan ringan berbanding DSLR. Kekurangan: sukar digunakan semasa cahaya kelam.


Superzoom
Kamera biasa yang menggunakan electronic viewfinder (EVF) menggantikan pentaprisma. Bukan DSLR tulen kerana tiada cermin. Zoom range yang amat tinggi. Contoh: Panasonic Lumix FZ100 (24x = 35mm - 600mm) dan Canon SX30 (35x = 24mm - 840mm!). Kelebihan: lebih kecil dan ringan berbanding EVIL. Kekurangan: sensor kecil menghasilkan gambar yang kurang berkualiti kecuali semasa panas terik.


DSLR dengan lensa tetap.
Mempunyai cermin dan prism seperti DSLR sejati tetapi lensa tidak boleh diganti. Jarang dijumpai. Contoh: Olympus E-20N.

Blog, Updated at: 11:44 PM

0 comments:

Post a Comment