Membuat Corak dan Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang secara:

  1. Pualaman
  2. Tiupan
  3. Titisan
  4. Ikatan dan celupan
  5. Renjisan dan percikan

Corak terancang secara:
  1. Lukisan
  2. Catan
  3. Cetakan
  4. Capan
  5. Lipatan dan guntingan
  6. Resis
  7. Kolaj
  8. Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalamalam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenalmotif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan inimemberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan danlakonan.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum 

Blog, Updated at: 11:18 PM