Prinsip dan Elemen Seni



PRINSIP SENI


Harmoni
Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur – berkaitan dengan bahagian-bahagian di dalam gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan sebagainya memberi penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud apabila unit-unit visual yang teratur diulang-ulang. Harmoni adalah kandungan kesatuan.

Pengulangan

Pengulangan bermaksud perkara tertentu yang diulang-ulang. Pengulangan tidak semestinya memerlukan aspek yang sama tatapi boleh juga yang seiras atau hampir sama. Konsep pada corak boleh dianggap sebagai pengulangan. Pengulangan yang biasa pada corak boleh digunakan untuk mencipta harmoni dan irama.Konsep motif hampir berkaitan dengan corak. Perbezaannya apabila satu unit dasar atau corak yang asli diberi pengulangan, ia dirujuk sebagai satu motif. Pengulangan dirujuk kepada kemampuannya menghasilkan irama.




Kepelbagaian
Kepelbagaian adalah mengimbangi harmoni. Sedang artis menghasilkan penyatuan kepada harmoni. Dengan kepelbagaian pula artis mencapai aspek individuliti dan minat. Minat merujuk kepada kemampuan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mengekalkan perhatian pemerhati. Hal yang membangkitkan minat kepada visual adalah hasil penambahan kepelbagaian kepada komponen bergambar. Kepelbagaian diperolehi dengan penggunaan kontras dan perincian.

Kontras

Kontras berlaku apabila elemen diulang2 dengan cara menjadikan ia nampak tiada kaitan; beberapa garisan lebar di dalam kawasan yang sempit. Perincian adalah cara lain kepelbagaian atau ketidaksamaan diwujudkan ke bahagian yang ketiadaan menarik di dalam visual. Ia boleh dianggap sebagai penambahan detail atau hiasan di sesuatu bahagian.


Imbangan

Di dalam seni kita berhadapan dengan imbangan bagi perkara yang berkaitan dengan tarikan graviti. Kebanyakan karya seni dipandang di dalam orientasi menegak iaitu berhubung dengan pandangan atas, tepi dan bawah. Imbangan bagi kandungan visual diperolehi secara menyeimbangkan tarikan ke bawah graviti komponen tersebut. Contohnya, bola yang yang diletakkan di bahagian atas kawasan gambar menghasilkan keadaan tegang, memberi aggapan bahawa graviti akan menyebabkan bola itu jatuh. Bola yang diletakkan di bawah atau di atas garis dasar menghasilkan keadaan tenang, Tiada tindakan berlaku oleh graviti.

Artis menyeimbangkan keadaan mendatar, menegak dan jejarian dalam semua arah dan posisi. Berbagai faktor seperti posisi, saiz, kadar, sifat, dan arah yang digabungkan dalam elemen, menghasilkan imbangan di dalam karya seni. Sekiranya dua rupa yang sama diletakkan bersebelahan di bahagian kiri gambar, karya itu akan kelihatan tidak seimbang pada bahagian kanan.


Kadarbanding


Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagian-bahagian tubuh individu atau objek. Di dalam karya seni visual, perhubungan bahagian-bahagian tubuh manusia adalah sukar untuk di ukur dengan tepat kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi. Bahagian-bahagian dalam kadarbanding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian-bahagian tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan.Dengan meletakkan tubuh lelaki di dalam rajah bulatan dan segi empat sama, Leonardo Da Vinci menyiasat tentang perhubungan kadarbanding bagi kepala, badan, tangan dan kaki.


Dominan

Sebarang karya seni visual yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan. Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan.Seniman atau artis harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlukan. Seniman harus menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan yang berbagai. Seterusnya kepada pergerakan berirama dan imbangan karya seni. Seniman menggunakan kaedah yang berbeza untuk memperolehi dominan.Figura manusia menjadi fokus tumpuan atau unit-unit yang penting pada karya di atas kerana saiz, warna dan aktiviti mereka.


Pergerakan

Tatkala memerhatikan karya seni visual, kita seperti membuat satu pengembaraan. Seniman adalah pengarah yang membuatkan mata pemerhati begerak dengan selesa dan menmperolehi maklumat. Garisan dan rupabentuk (kebiasaannya yang panjang) dan rupabentuk berkontour kebiasaanya memberi penegasan ke arah yang sama.Arca kinetik atau bergerak wujud tetapi kebanyakan arca dan permukaan gambar adalah statik.
Bulatan yang seakan berbuai dan seperti melambung menjana pergerakan persis pendulum.



ELEMEN SENI

Garisan

Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang membentuk rupa atau ‘outline’. Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai nilai tebal atau halus. Jenis-jenis garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal, diagonal dan contour lines. Tebal dan halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi lukisan kita samada dari segi ruang (jauh dan dekat), saiz, titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.

Texture/jalinan
Pemahaman terhadap texture penting kerana setiap objek mempunyai nilai texturenya yang tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh dikatakan sebagai kualiti sesuatu permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria) atau visual (hanya boleh dinilai melalui penglihatan).

Warna
Nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai
tiga ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa-apa lukisan berwarna, kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna adalah yang paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.

Shape/rupa
Shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan. Ia bersifat flat/rata dan boleh dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar selalu keliru antara shape dan form.

Form/bentuk
Form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume dan ketebalan. Ia ialah ilusi terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan teknik bayangan.

Value/nilai
Nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang gelap dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua ton yang berada di antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam dan putih. Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.

Saiz
Merujuk kepada variasi dalam kadarbanding antara objek, garisan atau rupa. Sesetengah bahan rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah satu dari elemen dalam seni.

Blog, Updated at: 8:18 AM

5 comments:

  1. bagus cikgu :) terima kasih kongsi maklumat. untuk pengetahuan saya baru je masuk USM jurusan Grafik Komunikasi. saya kena buat assignment tentang Prinisip dan Elemen Seni bagi menghasilkan satu lukisan. dengan ada nya maklumat cikgu ini saya dengan mudah dapat memahami kehendak pensyarah saya. sebas saya dah lupa hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. maklumat yang sangat manfaat dan berguna

    ReplyDelete